Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) telah mengeluarkan notis program pertukaran komponen untuk Yamaha NVX dan Yamaha YZF-R15M. Program ini melibatkan Yamaha NVX dan Yamaha YZF-R15M keluaran 2021, 2022, 2023.

Menurut kenyataan akhbar di laman web HLYM, program itu melibatkan penggantian dan peningkatan unit CCU untuk NVX dan R15M. Program ini akan dijalankan secara berperingkat.

CCU merupakan Unit Kawalan Komunikasi (Communication Control Unit) yang membolehkan penunggang berkomunikasi dengan motosikal melalui telefon pintarnya. Ciri sambungan ini dikenali sebagai Yamaha Y-Connect. HLYM tidak menghuraikan samada unit itu mengalami sesuatu isu atauia merupakan langkah pencegahan.

Nombor casis untuk Yamaha NVX yang terlibat ialah:

  • PMYSG7410L0000011 – P0039700
  • PMYSG7420L0000011 – P0026367

Nombor casis untuk Yamaha YZF-R15M yang terlibat ialah:

  • PMYRG7910N0000011 – N0002990
  • PMYRG7910P0002991 – P0005190
  • PMYRG7910P0004991

Hong Leong Yamaha Motor turut menyatakan bahawa mereka tidak akan mengeluarkan surat rasmi kepada pemilik motosikal yang terjejas. Sebaliknya, pemilik motosikal yang terhurai di atas boleh melawat pengedar sah Yamaha untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Pemilik boleh menetapkan temu janji di pengedar sah atau ibu pejabat HLYM di Sungai Buloh. Pautan temu janji adalah https://service.yamaha-motor.com.my/booking.