Didi Group telah merasmikan pembukaan MotoPlex Sungai Buloh yang baharu.

Ia merupakan bilik pameran seumpanya yang keempat di Malaysia dan mempamerkan jenama-jenama motosikal Aprilia, Moto Guzzi, Piaggio, dan Vespa. Fasiliti ini merupakan sebuah kedai konsep yang dinamik justeru menawarkan rangkaian produk yang amat luas agar peminat motosikal menjadikannya sebuah destinasi tujuan.

MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn. Bhd., sebagai peniaga yang telah dilantik oleh Didi Group. Didi Group merupakan pengedar rasmi bagi jenama kumpulan Piaggio di Malaysia.

Bilik pameran ini direka khas dengan ilham rekabentuk Itali. Tapaknya merangkumi 3,400 kaki persegi dan dibahagi kepada 2,200 kaki persegi unuk ruang pameran, dan 1,200 kaki persegi lagi untuk kegunaan bengkel. Bengkel ini dilengkapi dengan alat-alat terkini, selain daripada sistem diagnostik, untuk kegunaan juruteknik dan mekanik yang terlatih. Pemilik motosikal akan mendapat layanan dan servis terbaik.

Pelancaran MotoPlex Sungai Buloh merupakan suatu peristiwa yang penting buat Didi Group. En. Goh Kian Sin, Pengarah Urusan Didi Group berkata, “MotoPlex ialah rumah bagi jenama-jenama ikonik Piaggio, di bawah satu bumbung.”

Pengarah Welly Sungai Buloh, En. Ngo Yoke Kwang berkata, “Kami amat berbangga kerana dapat menyatukan semua jenama premium di bawah kumpulan Piaggio Group seperti Aprilia, Moto Guzzi dan Vespa di bawah satu bumbung MotoPlex Sungai Buloh. Gandingan budaya tempatan dan antarabangsa bersama gaya Itali yang tulen, dan jenama lagenda yang terkenal daripada segi rekabentuk, teknologi dan sejarah telah mengubah konsep mobiliti dan kebebasan individu. Kami komited untuk memberikan layanan pelanggan yang terbaik.”

Acara pembukaan rasmi ini diserikan lagi dengan kehadiran pelumba-pelumba MotoGP Aprilia Racing Team, Alex Espargaro dan Maverick Vinales, serta penunggang ujian Lorenzo Savadori. Mereka baharu sahaja menamatkan sesi Ujian Musim Sejuk di Litar Antarabangan Sepang dan hadir untuk sesi beramah mesra dengan peminat mereka walaupun cuaca hujan lebat pada ketika itu.